Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, June 22, 2012

IT'S A BIRD....

Hehe...hari ni check up kat Klinik kat Annexe....result lain sama macam check up kat KKIA.....low HB...tapi BP dah ok skit...cuma doc suh diet..naik berat banyak sangat....4kg dalam sebulan...i pun terkejut...hahaha....tula suka sangat makan kuih muih skang...ok..diet2...takut nanti ada masalah diabetis plak...tak sabar nak tunggu doc tu suh scan....dan alhamdulillah semua nya ok...adik Sya sihat dengan berat 751g...pembesaran pun normal....dan....akhirnya adik Sya mengangkangkan kakinya dan menunjukkan jantinanya...huhuhu...he's a boy....nampak tak yg i bulatkan kuning tu....tu la bird nya....mesti adik Sya malu sbb mama nya dah exposed bird dia..hahaha....congrat my dearest hubby....thanx to all yang mendoakan adik Sya lelaki.....harap2nya...tak berubah la plak di saat2 akhir nanti... 


Monday, June 11, 2012

EEE...MASAMNYA MAMA...


Weekend baru ni kitorang balik Slim....i dah janji ngan paksu Sya nak banjer mkn KFC...ingatkan nak banjer masa balik sebelum ni...tapi masa tu rumah poklong plak ada kenduri kawin...selaunya dengan semua adik beradik yang lain... tapi kali ni bawak paksu Sya je sebelum dia masuk asrama balik...maklang Sya puasa...pakuda Sya ada catering...family K.Tihah tak balik pulak....so, Sya pun lunch la sekali kat KFC tu...kitorang mkn KFC, Sya mkn makanan Sya tu....huhu
Pastu saja nak dengki kat Sya...bagi la dia rasa sos Cheezy Wedges tu..ala Thousand Island tu....haa..inilah hasilnya...mimik muka Sya yang kelakar sbb rasa sos yg masam-masam tu....huhu...


Thursday, June 07, 2012

PULANGNYA SEORANG PERWIRA...


Setelah lama memasang impian dan angan-angan untuk memakai baju celoreng tu...akhirnya my hubby berjaya menunaikan impiannya....sungguh bangga dan gembira nampaknya....2 minggu yang sangat meletihkan sebagai recruit...badan pun turun skit..katanya tak larat nak makan letih2 tu...warna kulit bertukar..ditambah dengan kilatan...hahaha...cumanya my hubby kata dia lebih suka makanan masa dia navy dulu...sedap sikit...huhu
Ni masa my hubby bersama-sama kengkawannya.....tgk la muka my hubby tu...garang la tu konon...
Ingatkan Sya dah tak kenal papa dia bila jumpa...rupanya kenal lagi...siap nak dukung lagi...papa siap kata Sya dah nampak besar...apa improvement Sya???Sya dah boleh merangkak pakai lutut dan boleh duduk tanpa sokongan....dalam 2 minggu papa dah boleh nampak perubahan Sya...hehe...skang ni Sya tgh sibuk memanjat-manjat nak berdiri....eee....dah besar dah anak mama ni...


Wednesday, June 06, 2012

SPECIAL APPRECIATION TO ATOK SYA....


Hmmm....terima kasih yang teramat sangat ditujukan khas kepada family my in-law....terutamaya atok2 Sya....yang bergilir2 menjaga Sya sepanjang mama Sya bekerja dan papa Sya outstation selama 2 minggu....yang membawa Sya berjalan2 sampai lenguh2 tangan mendukung Sya....yang melayan kerenah Sya yang kadang2 merengek (Sya merengek pun mesti sbb papa Sya teringatkan Sya masa tu)...yang menyediakan makan terutamanya dinner untuk mama Sya ni bila balik kerja...Sya pun nampak happy je...maklumla ramai yang nak melayan Sya....jasa mak dan abah tak terbalas...tak dilupakan juga jasa maksu Sya yang terpaksa bangun pagi2 menjaga Sya sementara atok Sya semayang...dan pakngah Sya yang selalu mainkan lagu alif ba ta untuk Sya...otak ni tgh pk lagi ni...apa nak bagi sebagai appreciation gift...nnti diskas ngan papa Sya....luv u alls....



Monday, June 04, 2012

KENCING TIKUS - LEPTOSPIROSIS


Papa Sya baru balik dari training kelmarin...nampaknya tak berapa sihat....dan yang menakutkan adalah...ada yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Kencing Tikus (new updates..suspected je kencing tikus...tapi lepas dapat result, rupanya Heat Stroke)...So...skang ni agak risau la jugak....tapi tadi papa Sya call nak pi check kat Hospital Pantai...harap2nya takder apa-apa...cuma demam dan sakit biasa je....disebabkan itu, i pun google la pasal penyakit ni...sedikit info untuk rujukan....

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola. Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Di antara faktor risikonya adalah:

1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my).

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti.
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Friday, June 01, 2012

2 MINGGU BAKAL BERLALU....


Esok...papa Sya akan balik...tak sabar nak tgk reaksi Sya jumpa papa dia...dia ingat lagi ke tak papa dia tu....kelmarin papa Sya nak cakap ngan Sya dalam tepon pun Sya dah blur2....hehe

Adik Sya pulak sungguh aktif ber somersault dalam perut ni...kekadang terasa macam dia tendang2 tulang rusuk plak....harap harapnya adik Sya sihat kat dalam ni......lama lagi nak check up....jgn la dia sorok2 lagi....tak sabar lak nak tau adik Sya boy ke girl...

Hari ni i berjaya drive ke TMTC...lagipun jalan kosong lagi....cuti sekolah...waktu sampai TMTC sama dengan waktu sampai Menara...nampak sgt jln mmg kosong...